Latihan:
Balik ke Kesalahan Penggunaan Kata:        Balik ke Laman Utama:

Penyuntingan Bahan

 Latihan 1

 Betulkan kesalahan penggunaan kata hubung, kata ganda, penggunaan imbuhan, struktur ayat dan tanda bacaan dalam petikan ini.

            Kempen Bijak berbelanja Keluarga Bahagia dilancarkan kerajaan adalah bertujuan mengalakan masyarakat supaya bijak dalam merancang belanja ketika membeli barangan. Melalui kempen ini, masyarakat beri kesedaran dalam pembelian barangan keperluan mereka.

            Masyarakat diberi kesedaran pengetahuan dan nasihat dalam membeli barangan yang kualiti, membeli barangan dengan harga  yang patut dengan banding harga barangan lain ketika membeli-belah. Masyarakat yang diberi dedah tentang bijak berbelanja, membolehkan mereka merancang belian dan pebelanjaan mereka. Mereka tidak akan beli barangan yang kurang. Kami akan menjadi pembeli yang bijak iaitu memilih barangan yang sama jenis sambil barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

            Masyarakat yang diberi sedar melalui kempen bijak berbelanja akan menjadi pengguna yang berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Kami tidak akan bazir wang  kami dan membeli barangan yang mahal dan tidak kualiti.

            Pengguna yang bijak adalah pengguna yang pandai rancang perbelanjaan mereka berjimat cermat bila membeli dan kami akan membandingkan harga barangan yang sama, membeli barangan yang mempunyai kualiti harga yang berpatutan.

(
Jawapan kepada Latihan 1)

Latihan 2

Tandakan kesilapan tatabahasa yang terdapat dalam karangan berikut. Betulkan kesalahan ejaan, tanda bacaan, imbuhan, frasa dan ayat tergantung dalam petikan.

            Pencemaran alam sekitar berpunca daripada pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara berlaku akibat asap kenderaan, asap bakaran sampah-sarap, asap kilang dan jerebu akibat bakaran hutan.

            Buangan sisa toksid dan bahan kumuhan mengakibatkan sungai dan laut cemar. Manakala pencemaran bunyi berlaku akibat bunyi bising daripada jentara, bunyi kenderaan dan bunyi daripada kilang.

            Pembuangan sampah yang tidak atur terutama pembuangan sampah di dalam sungai menyebabkan air sungai tercemar. Ikan-ikan  dalam sungai mati akibat air yang kotor.

            Berbagai langkah telah jalan demi untuk mengatasi masalah pencemaran seperti ketat undang-undang, mengenakan denda tentang pehak yang melakukan pencemaran alam sekitar. Kempen Cintai Sungai Kita dan Kitar Semula Bahan Buangan terlaksana untuk menyedarkan masyarakat. Kempen Kitar Semula sedar masyarakat mengitar semula bahan buangan seperti ; kertas, surat khabar, botol plastik dan tin minuman. Kitar semula bahan buangan dapat kurang sampah-sarap bertaburan merata tempat dan bahan buangan dapat diproses dan guna semula. Cogan kata Negara Bersih Rakyat Sehat juga menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menjaga  kebersihan sekitar mereka.

(Jawapan untuk Latihan 2)

 

Jawapan latihan 1

Kempen Bijak berbelanja Keluarga Bahagia dilancarkan oleh kerajaan adalah bertujuan menggalakkan masyarakat supaya bijak dalam merancang perbelanjaan ketika membeli barangan. Melalui kempen ini, masyarakat diberi kesedaran dalam pembelian barangan keperluan mereka.

             Masyarakat diberi kesedaran, pengetahuan dan nasihat dalam membeli barangan yang berkualiti, membeli barangan dengan harga  yang berpatutan  dengan membandingkan  harga barangan lain ketika membeli-belah. Masyarakat yang diberi pendedahan tentang bijak berbelanja, membolehkan mereka merancang pembelian dan perbelanjaan mereka. Mereka tidak akan membeli barangan yang kurang diperlukan. Mereka akan menjadi pembeli yang bijak iaitu memilih barangan yang sama jenis tetapi barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

             Masyarakat yang diberi kesedaran melalui kempen bijak berbelanja akan menjadi pengguna yang berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Mereka tidak akan membazikan wang  mereka dengan membeli barangan yang mahal dan tidak berkualiti.

 Pengguna yang bijak adalah pengguna yang pandai merancang perbelanjaan mereka berjimat cermat ketika membeli dan mereka akan membandingkan harga barangan yang sama, membeli barangan yang mempunyai kualiti dengan harga yang berpatutan.  (▲)

 

 

 

 Jawapan Latihan 2

             Pencemaran alam sekitar berpunca daripada pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara berlaku akibat asap kenderaan, asap pembakaran sampah-sarap, asap kilang dan jerebu akibat pembakaran hutan

             Pembuangan sisa toksid dan bahan kumuhan mengakibatkan sungai dan laut tercemar. Manakala pencemaran bunyi berlaku akibat bunyi bising daripada jentera, bunyi kenderaan dan bunyi daripada kilang.

             Pembuangan sampah yang tidak teratur terutama pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan air sungai tercemar. Ikan-ikan  di dalam sungai mati akibat air yang kotor.

             Berbagai-bagai langkah telah dijalankan untuk mengatasi masalah pencemaran seperti mengetatkan undang-undang, mengenakan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran alam sekitar. Kempen Cintai Sungai Kita dan Kitar Semula Bahan Buangan dilaksanakan untuk menyedarkan masyarakat supaya menjaga kebersihan alam sekitar. Kempen Kitar Semula menyedarkan masyarakat mengitar semula bahan buangan seperti  kertas, surat khabar, botol plastik dan tin minuman. Kitar semula bahan buangan dapat mengurangkan  sampah-sarap bertaburan di merata tempat dan bahan buangan dapat diproses dan digunakan semula. Cogan kata Negara Bersih Rakyat Sihat juga menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menjaga  kebersihan persekitaran  mereka. (▲)