Home:  

Author

Web Master:

 

Guest:

Ayat Aktif  

Cakap Ajuk & Cakap Pindah

Cakap Ajuk
Cakap Ajuk merupakan percakapan seseorang dituis semula perkataan diucapkan tanpa mengubah apa-apa makna.

Cakap Pindah
Cakap Pindah merupakan percakapan seseorang ditulis semula dengan menyusun tatabahasa yang betul.
Perubahan-perubahan yang berlaku secara umum dalam menukarkan Cakap Ajuk kepada
Cakap Pindah disenaraikan dalam jadual di bawah:

Ganti Nama Diri (Cakap Ajuk) (Cakap Pindah)
Saya, aku, patik, hamba Dia, mereka
Kita, kamu Mereka
Kamu, awak, engkau, anda Saya atau kami, dia atau mereka, nya, kamu
Dia Dia
Mereka Mereka
Adverba Tempat (Cakap Ajuk) (Cakap Pindah)
Ini Itu
Sini Situ, sana, tempat itu
Di sini Di sana, di situ
Ke sini Ke situ, ke sana
Begini Begitu
Keterangan Waktu (Cakap Ajuk) (Cakap Pindah)
Sekarang Masa itu, ketika itu
Malam tadi, semalam Malam kemarin, malam yang selpas, hari semalam
Hari ini Hari itu.

Contoh:
Cakap Ajuk
1.    "Anda sepatutnya tekun membuat kerja rumah," kata Ahmad kepada adiknya.
Cakap Pindah
       Ahmad menasihati adiknya supaya tekun membuat kerja rumah.

Cakap Ajuk
2.    "Berapakah harga baju batik ini?" tanya kakak kepada penjual baju.
Cakap Pindah
       Kakak menanya penjual baju tentang harga baju batik itu.

Ayat Pasif  
Ayat Penyata  
Ayat Tanya  
Ayat Majmuk  
Ayat Penegas  
Ayat Perintah  
Ayat Tunggal  
Objektif Pembelajaran  
Ragam Ayat  
Pembinaan Ayat  
   
Latihan