Home:  

Author

Web Master:

 

Guest:

Ayat Aktif  

Pembinaan Ayat

Pembinaan Ayat
Frasa Nama + Frasa Nama
 

Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Nama)
1.  Dia Rokiah.
2.  Dua orang itu pelajar.
3.  Itu meja.

Klik ke Latihan

Frasa Nama + Frasa Sendi
Subjek terdiri daripada frasa nama dan predikat terdiri daripada frasa sendi.

Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Sendi Nama)
1.  Alor Setar terletak di Kedah.
2.  Dia berasal dari Pahang.
3.  Risalah itu tentang Negeri Selangor.
4.  Kuih ini untuk awak.
5.  Rumahnya terletak di Kampung Manis.

Klik ke Latihan

Frasa Nama + Frasa Adjektif
Subjek terdiri daripada frasa nama dan predikat terdiri daripada frasa adjektif.

Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Adjektif)
1.  Adik Adelina cerdik.
2.  Ubat itu pahit.
3.  Australia jauh.
4.  Gula-gula itu manis.
5.  Rumah Siti dekat.

Klik ke Latihan

Frasa Nama + Frasa Kerja
subjek terdiri daripada frasa nama dan predikatnya terdiri daripada frasa kerja.

Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Kerja)
1.  Mereka berbual-bual di taman.
2.  Adik berlari.
3.  Emak memasak di dapur.
4.  Kucing melompat.

Bentuk-bentuk lain.

Subjek (Frasa Nama) Predikat
Frasa Kerja Frasa Sendi
1.  Emak menyidai baju di halaman rumah.
2.  Murid-murid membaca buku di perpustakaan.
3.  Penyanyi itu menari di atas pentas.

Bentuk-bentuk lain.

Subjek (Frasa Nama) Predikat
Kata kerja transitif Frasa Nama
1.  Ibu memasak gulai ikan.
2.  Pekerja-pekerja mengecat dinding rumah.
3.  Dia menaip surat rasmi.
4.  Mereka membeli-belah di Pasar Raya Mydin.

Klik ke Latihan

Ayat Pasif  
Ayat Penyata  
Ayat Tanya  
Ayat Majmuk  
Ayat Penegas  
Ayat Perintah  
Ayat Tunggal  
Cakap Ajuk  
Ragam Ayat  
Objektif Pembelajaran  
   
   
   
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
   
   
 
   
 
   
   
Home