Home:  

Author

Web Master:

 

Guest:

Jenis Kata-kata  
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti jenis-jenis kata bantu.
2. Mengisi tempat kosong dengan kata bantu yang betul dalam ayat yang
    diberikan.
3. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata bantu.
Kata Bantu




Kata Bantu Aspek
Perbezaan masa perbuatan dilakukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik
Safiah Karim et. al : 2004 : 246), kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-
makna tambahan dari segi aspek waktu / ragam.
Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata 
bentuk ragam.
i) Kata Bantu Aspek
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama ada
perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 172).
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau,kini 
atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, 
masih, akan dan belum (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 246).
ii) Kata Bantu Ragam.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 246), kata
bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan
yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, 
mesti, boleh dan dapat.
Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan perasaan
dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 172)
Kata Bantu Aspek Maksud Contoh Ayat
Telah, sudah, pernah Menunjukkan perbuatan yang telah berlaku. 1. Kami sudah membaca buku itu.
2. Dia pernah bekerja di kedai itu.
Sedang, masih, tengah Menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku. 1. Khairi sedang menunggu kawannya 
    di perhentian teksi.
Akan, belum Menunjukkan perbuatan yang akan berlaku. 1. Mereka akan bertolak ke Pahang
    pada esok pagi.

 

Kata Bantu Ragam Maksud Contoh Ayat
Hendak, mahu, ingin. Menunjukkan sesuatu keinginan atau tujuan. 1. Dia hendak membeli sebuah
    motosikal.
Harus, mesti, perlu, wajib Menunjukkan perbuatan yang mesti dilakukan. 1. Murid-murid harus mematuhi
    peraturan sekolah.
2. Setiap warganegara mesti menjaga
    kebersihan alam sekitar.
Boleh, dapat Menunjukkan keupayaan membuat sesuatu. 1. Kassim dapat mengangkat batu
    yang berat itu.
Mungkin Menunjukkan perbuatan kebarangkalian atau kemungkinan. 1. Pegawai itu mungkin bersinggah di
    gerai makanan Medan Selera.
Kata Nama  
Kata Nama Terbitan  
Kata Ganti Nama Diri  
Kata Bantu  
 
Kata Bilangan  
Kata Hubung  
Kata Nafi  
Kata Perintah  
Kata Arah  
Kata Ganda  
Kata Kerja  
Kata Sendi Nama  
Kata Seru  
 
Kata Tanya  
Kata Banyak Makna  
Kata Hampir Sama Makna  
 
Latihan Tatabahasa Am 1  
Latihan Tatabahasa Am 2