free web hosting | website hosting company | dot com domain names | reseller hosting | free blog hosting | joomla 1.5 templates | webspace hosting
 

 
Home:   Site Map: Author Web Master: Guest:
 

Penggunaan Kata

Kesalahan Penggunaan Kata
 

Salah

Betul

kelinik

klinik

goreng pisang

pisang goreng

perabut

perabot

kampong

kampung

pelancung

pelancong

tulin

tulen

talipon

telefon

masok

masuk

Minibas Bas mini
Ajenda Agenda
Patriotisma Patriotisme
Teknoloji Teknologi
Profession Profesion
Television Televisyen
Bekerja Bekerja
e-mail e-mel
Berlajar Belajar

 Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
 

Salah

Betul

Para-para pelajar

Para pelajar

Mereka-mereka

Mereka

Semua penduduk-penduduk

Semua penduduk

Setengah-tengah

Sesetengah / Setengah-setengah

Berpuluh-puluh orang-orang

Berpuluh-puluh orang

Tiap-tiap pekerja-pekerja

Tiap-tiap pekerja/ Setiap pekerja

Sepuluh buah sekolah-sekolah

Sepuluh buah sekolah

Setiap peserta-peserta

Setiap peserta

Pelbagai buku-buku

Pelbagai buku

Baju-baju di kedai itu cantik-cantik.

Baju di kedai itu cantik-cantik.

Tiap

Tiap-tiap / Setiap

Berbagai

Berbagai-bagai

 Kesalahan penggunaan kata bilangan dalam ayat.

 1. Berbagai juadah atau kuih-muih dijual di pasar malam. (Berbagai-bagai)
     Kata Bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan.

 2. Setengah murid masih lemah dalam penguasaan tatabahasa. (Setengah-setengah / sesetengah)
     Setengah tidak boleh disingkatkan.

 3. Tiap murid dikehendaki memakai pakaian seragam ke sekolah. (Setiap, tiap-tiap)

 4. Para-para guru digalakkan mengambil bahagian dalam acara sukaneka. (Para)
     Para tidak perlu diulang kerana menunjukkan maksud jamak.

 5. Ayah membeli ikan bawal dengan harga lapan setengah ringgit. (lapan ringgit setengah)
    
Kata bilangan tentu tidak boleh bersama kata bilangan pecahan.

 Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama

 Menurut Awang Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi kepada dua iaitu

 a) Kesalahan penggunaan kata sendi
 b) Pengabaian penggunaan kata sendi.

 Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada, ke dan kepada
(Awang Sariyan, 1980:14).
 

Kata Sendi Nama

Penggunaan

dari

tempat, masa

daripada

perbandingan, asal kejadian

di

tempat

pada

masa, orang, benda abstrak

ke

tempat, masa

kepada

benda bernyawa, benda abstrak

 Contoh penggunaannya:
 

Salah

Betul

 Dia berasal daripada Pulau Pinang.

 Dia berasal dari Pulau Pinang.

 Surat itu dari pengetua.

 Surat itu daripada pengetua.

 Meja itu dibuat dari kayu.

 Meja itu dibuat daripada kayu.

 Di masa depan

 Pada masa depan

 Di zaman teknologi maklumat

 Pada zaman teknologi maklumat

 Di hari ini

 Pada hari ini

 Diserahkan ke Siti.

 Diserahkan kepada Siti

 Dilontar ke Ali

 Dilontar kepada Ali

 Oleh kerana

 Oleh sebab

 Suka manggis

 Suka akan manggis

 Balik Pahang

 Balik ke Pahang

 Pergi perpustakaan

 Pergi ke perpustakaan

 Suka gadis itu

 Suka kepada gadis itu

 Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama

1. Dari digunakan untuk masa dan tempat.

    Daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan benda

    a) Meja ini diperbuat dari kayu jelutong. (Salah)

        Meja ini diperbuat daripada kayu jelutong. (Betul)

       Daripada digunakan untuk asal kejadian sesuatu benda.

    b) Bangunan ini lebih tinggi dari bangunan itu. (Salah)

        Bangunan ini lebih tinggi daripada bangunan itu. (Betul)

        Daripada digunakan untuk perbandingan.

    c) Mereka menjalani latihan bola sepak daripada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Salah)

        Mereka menjalani latihan bola sepak dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Betul)

        Dari digunakan untuk masa.

 2.  Penggunaan kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk tempat.

    a) Di hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Salah)

        Pada hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Betul)

 3. Kata sendi nama ‘pada’ digunakan untuk masa, orang dan benda abstrak.

    a) Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada dengan Cikgu Ahmad. (Salah)

        Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada pada Cikgu Ahmad. (Betul)

 4. Penggunaan ‘ke’ untuk tempat, masa dan benda tidak bernyawa. Kata sendi
     ‘kepada’ digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak.

    a) Surat permohonan itu telah diserah ke guru biasiswa. (Salah)

        Surat permohonan itu telah diserah kepada guru biasiswa. (Betul)

    b) Ayah pergi kepada pasar besar dengan menaiki motosikal. (Salah)

        Ayah pergi ke pasar besar dengan menaiki motosikal (Betul)

 5. Kata sendi nama ‘oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif berwawlan di- dan ter-.
     Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif.

    a) Khadijah tertarik dengan keindahan pemandangan di tepi pantai. (Salah)

        Khadijah tertarik oleh keindahan pemandangan di tepi pantai. (Betul)

 6. Kerana digolong sebagai kata hubung. Katahubung ‘kerana’ tidak boleh diletakkan
     selepas kata sendi nama ‘oleh.’

    a) Oleh kerana sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
        sekolah tersebut telah dibatalkan. (Salah)

        Oleh sebab sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
       
sekolah tersebut telah dibatalkan. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

 Beliau - orang yang terhormat

 Ia        - benda atau binatang

 Contoh:

 Dia merasmikan bangunan baru itu. (Salah)

 Beliau merasmikan bangunan baru itu. (Betul)

 Susunan kata (Hukum D-M) Diterangkan dan Menerangkan
 

Salah

Betul

Dr. Mariam Klinik

Klinik Dr. Mariam

Medan Restoran

Restoran Medan

Cili sos

Sos cili

Mini bas

Bas mini

Goreng pisang

Pisang goreng

Lain-lain hal

Hal-hal lain

Lain-lain perkara

Perkara-perkara lain

 Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Pasif 

 1. a) Surat khabar itu aku akan baca. (Salah)

        Surat khabar itu akan kubaca. (Betul)

 2. a) Bilik darjah itu saya sudah bersihkan. (Salah)

        Bilik darjah itu sudah saya bersihkan. (Betul)

 3. a) Kerja rumah itu kita mesti siapkan pada hari ini. (Salah)

         Kerja rumah itu mesti kita siapkan pada hari ini. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Makna

 1. a) Apa nama bapa awak? (Salah)

        Siapakah nama bapa awak? (Betul)

        Apa menanya nama benda atau binatang. Siapa digunakan untuk menanya tentang  orang.

 2. a) Bila dia sampai, kami boleh balik ke rumah. (Salah)

         Apabila dia sampai, kami boleh balik ke rumah. (Betul)

         Bila untuk menanya masa.
         Apabila merupakan kata hubung.

 3. Ramai tetamu menghadiri majlis perkahwinan Radiah. (Betul)

     Banyak - binatang, benda
     Ramai   - manusia, suasana tempat

 4. Golongan - kalangan / kelompok
     Gulungan - benda / barang yang bergulung (tikar, kertas)

 5. Pedalaman - kawasan / daerah yang jauh terpencil
     Pendalaman - usaha mendalamkan sesuatu

 6. Pendapat - buah fikiran / pandangan
    
Pendapatan - hasil pencarian / nafkah

 Kesalahan Penggunaan Imbuhan
 

Salah

Betul

kebanyakkan

kebanyakan

mengalakan

menggalakkan

menggosokan

menggosokkan

menaikan

menaikkan

 Akhiran 'kan' dan ' i '
 

Salah

Betul

menghadiahkan ibu

menghadiahi ibu

mengurniakan beliau

mengurnai beliau

menganugerahkannya ilmu

menganugerahinya

mengirimkan saya surat

mengirimi saya surat
mengirimkan surat kepada saya

 Kesalahan Penggunaan Kata Penguat
 

Penguat hadapan

agak, begitu, paling, terlalu

Penguat belakang

benar, betul, nian, sekali

Penguat bebas

amat, sangat, sungguh

 1.a) Pemandangan di pantai Port Dickson amat cantik sekali. (Salah)

    b) Pemandangan di pantai Port Dickon amat cantik.(Betul)

    c) Pemandangan di pantai Port Dickson cantik sekali. (Betul)

  2. a) Mereka amat gembira sekali. (Salah)

      b) Mereka amat gembira. (Betul)

      c) Mereka  gembira sekali. (Betul)

 3. a) Pemain-pemain bola sepak amat yakin benar dalam pertandingan itu. (Salah)

     b) Pemain-pemain bola sepak yakin benar dalam pertandingan itu. (Betul)

     c) Pemain-pemain bola sepak amat yakin dalam pertandingan itu. (Betul)

 4. a) Amin terlalu percaya sangat akan kata-kata kawannya. (Salah)

     b) Amin percaya sangat akan kata-kata kawannya. (Betul)

     c) Amin terpercaya  akan kata-kata kawannya. (Betul)

 5. a) Jambatan Pulau Pinang amat panjang sekali di Asia Tenggara. (Salah)

     b) Jambatan Pulau Pinang panjang sekali di Asia Tenggara. (Betul)

     c) Jambatan Pulau Pinang amat panjang  di Asia Tenggara. (Betul)

 6. a)  Menara Kuala Lumpur paling tinggi sekali. (Salah)

     b) Menara Kuala Lumpur paling tinggi / tinggi sekali (Betul)

 7. a) Dia murid tertinggi sekali di dalam kelas 2A. (Salah)

     b) Dia murid tertinggi / tinggi sekali di dalam kelas 2A. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Partikel  'kah'

 1. a) Dia pergi ke Melakakah? (Salah)

     b) Bilakah dia pergi ke Melaka? (Betul)

 2. a) Azman lewat datang ke sekolahkah?(Salah)

     b) Mengapakah Azman datang lewat ke sekolah? (Betul)

 3. a) Siti Radiah tinggal di manakah?(Salah)

     b) Di manakah Siti Radiah tinggal? (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif

 1. a) Baju itu saya akan jahit. (Salah)

     b) Baju itu akan saya jahit. (Betul)

 2. a) Novel itu saya membaca. (Salah)

     b) Novel itu saya baca. (Betul)

 3. a) Karangan itu ditulis oleh kami. (Salah)

     b) Karangan itu kami tulis. (Betul)

 4. a) Hadiah itu sudah diterima oleh saya. (Salah)

     b) Hadiah itu sudah saya terima. (Betul)

 5. a) Dewan perasmian itu mereka hiasi dengan cantik.(Salah)

    b) Dewan perasmian dihiasi oleh mereka dengan cantik. (Betul)

 6. a) Motosikal itu Ali bonceng. (Salah)

     b) Motosikal itu dibonceng oleh Ali. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Tatabahasa
 

Salah

Betul

menceritakan tentang

menceritakan
bercerita tentang

 Kesalahan Penggunaan Ayat Aktif dan Ayat Pasif
 

Subjek

Pelaku

Predikat (Kata kerja)

Tempat itu

saya
kamu

kunjungi

 Ayat itu tidak boleh diucap sebagai

 Tempat itu saya mengunjungi. (Salah)

 Tempat itu dikunjungi oleh saya. (Salah)

 Pelaku pertama dan kedua.
 Ayat  - Subjek + Predikat

 Jika kita ingin menggunakan kata bantu atau kata lain, kata itu hendaklah disisipkan sebelum pelaku. 
 (Awang Sariyan, 1989:12)

 a) Tempat itu saya belum kunjungi. (Salah)

 b) Tempat itu belum saya kunjungi. (Betul)

 Pelaku ketiga.
 

Subjek

Predikat

 

kata kerja

sendi

pelaku

Tempat itu

dikunjungi

oleh

mereka

    a) Tempat itu mereka kunjungi. (Salah)

    b) Tempat itu dikunjungi oleh mereka. (Betul)

 Kesalahan Membina Struktur Ayat

 1. Dalam Ayat Tanya, kata tanya tidak boleh diletakkan di akhir ayat.

    a) Harga Ikan Bawal sekilogram berapakah? (Salah)

        Berapakah harga sekilogram Ikan Bawal? (Betul)

    b) Dia datang ke rumah kamu bilakah? (Salah)

        Bilakah dia datang ke rumah kamu? (Betul)

 2. Kata penegas 'kah' tidak boleh diletakkan di hujung ayat penyata.

    a) Emak awak masih sihatkah? (Salah)

        Masih sihatkah emak awak? (Betul)

    b) Barangan yang dijual di kedai itu murahkah? (Salah)

        Murahkah barangan yang dijual di kedai itu? (Betul)

 3. Perkataan dalam ayat mesti disusun dengan betul iaitu mengandungi subjek dan  predikat.

    a) Ke kedai runcit dia pergi untuk membeli tepung jagung. (Salah)

       Subjek                                    Predikat
       [ Dia ] [ pergi ke kedai runcit untuk membeli tepung jagung.] (Betul)

 4. Ayat tergantung atau ayat yang tidak lengkap.

     Menaiki bas untuk ke pasar merupakan predikat. Ayat ini tergantung kerana tidak 
     mempunyai subjek dalam ayat.

    a) Menaiki bas untuk pergi ke pasar. (Salah)

        Minah menaiki bas untuk pergi ke pasar. (Betul)

    b) Budak yang tinggi itu. (Salah)

        Budak yang tinggi itu adik Kassim. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Frasa

 1. Kata nama tidak perlu diulang apabila kata bilangan mendahuluinya.

    a) Semua murid-murid berada di dewan sekolah. (Salah)

        Semua murid berada di dewan sekolah. (Betul)

 b) Semua guru-guru dikehendaki menghadiri mesyuarat pada hari Selasa. (Salah)

     Semua guru / Guru-guru dikehendaki menghadiri mesyuarat pada hari Selasa. (Betul)

     Semua guru-guru tidak perlu diulang kerana ‘semua guru’ meliputi keseluruhan guru.

 c) Kebanyakan orang-orang Malaysia suka akan durian. (Salah)

     Orang-orang Malaysia suka akan durian. (Betul)

 2. Kata nama tidak perlu diulang apabila kata adjektif menerangkan frasa nama.

    a) Baju-baju Kak Siti cantik-cantik belaka. (Salah)

        Baju Kak Siti cantik-cantik belaka. (Betul)

        Baju-baju Kak Siti cantik belaka. (Betul)

    b) Pemain-pemain bola jaring sekolah saya handal-handal belaka. (Salah)

        Pemain bola jaring sekolah saya handal-handal belaka.(Betul)

        Pemain-pemain bola jaring sekolah saya handal belaka. (Betul)

 3. Perkara diterangkan mendahului penerang.

    a) Makanan yang dijual di Sahur Restoran sangat mahal tetapi sedap. (Salah)

        Makanan yang dijual di Restoran Sahur sangat mahal tetapi sedap. (Betul)

 4. Kata penegas digunakan sekali.

    a) Suasana pemandangan di Gunung Kinabalu sungguh cantik sekali. (Salah)

        Suasana pemandangan di Gunung Kinabalu sungguh cantik. (Betul)

        Suasana pemandangan di Gunung Kinabalu cantik sekali. (Betul)

 5. Kata adjektif dengan imbuhan 'ter' tidak perlu disertai dengan kata penguat (sangat, amat, sekali).

    a) Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang tertua sekali di Malaysia. (Salah)

        Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang tertua  di Malaysia. (Betul)

        Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang tua sekali di Malaysia.(Betul)

 6.a) Roslinda suka buah manggis. (Salah)

        Roslinda suka akan buah manggis. (Betul)

 7. Hukum DM (Diterangkan dan menerangkan)

    a) Cili sos itu amat pedas. (Salah)

        Sos cili itu amat pedas. (Betul)

    b) Adik Rosli suka makan Maggie Mi. (Salah)

        Adik Rosli suka makan Mi Maggie. (Betul)

    c) Dia mendapat rawatan di Samuel Klinik. (Salah)

        Dia mendapat rawatan di Klinik Samuel. (Betul)

8. a) Dengan lain-lain kata saya tidak akan menghadiri majlis itu. (Salah)

        Dengan perkataan lain, saya tidak akan menghadiri majlis itu. (Betul)

    b) Dalam mesyuarat itu, mereka membincangkan tentang lain-lain hal. (Salah)

        Dalam mesyuarat itu, mereka membincangkan hal-hal lain. (Betul)

        Dalam mesyuarat itu, mereka berbincang tentang hal-hal lain. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Transitif

 1. a) Dia berdoa yang ibunya akan cepat sembuh daripada penyakit. (Salah)

         Dia berdoa agar ibunya akan cepat sembuh daripada penyakit. (Betul)

 2. Kata kerja ‘pergi’ perlu diikuti dengan Frasa Sendi Nama dan bukan Frasa Nama.

     a) Munira pergi perpustakaan. (Salah)

         Munira pergi  ke perpustakaan. (Betul)

 3. Dia berpendapat yang program Bulan Bahasa dapat menarik minatmurid-murid
     mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa. (Salah)

     Dia berpendapat bahawa program Bulan Bahasa dapat menarik minat murid-murid
     mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa. (Betul)

 4. Kata kerja tak transitif berimbuhan ‘ber…kan’ perlu diikuti dengan Frasa Nama
     dan bukan Frasa Sendi Nama.

    a) Ahmad tidur beralaskan dengan tikar. (Salah)

        Ahmad tidur beralaskan tikar. (Betul)

 5. Kata kerja transitif berimbuhan 'ber…an' tidak perlu diikuti oleh frasa sendi nama.

    a) Kelulusan projek itu berdasarkan pada laporan kertas cadangan yang dikemukakan.(Salah)

        Kelulusan projek itu berdasarkan laporan kertas cadangan yang dikemukakan. (Betul)

 6. Kata kerja tak transitif ‘bermula’ perlu diikuti oleh kata sendi nama.

     Bulan Patriotisme akan bermula bulan Ogos. (Salah)

     Bulan Patriotisme akan bermula pada bulan Ogos. (Betul)

 7. Kata sendi nama ‘dengan’ digugurkan kerana ‘Dengan kehadiran ibu bapa’ bukan
     Frasa Nama. Contoh,  untuk menjadi Frasa Nama ‘dengan’ digugurkan. ‘Kehadiran
     ibu bapa’ menjadi Frasa Nama dalam ayat.

     Dengan kehadiran ibu bapa akan memeriahkan lagi suasana sukan tahunan di sekolah. (Salah)

     Kehadiran ibu bapa akan memeriahkan lagi suasana sukan tahunan di sekolah. (Betul)

 8. Objek dalam kata kerja transitif mesti selepas kata kerja.

    a) Mereka membincangkan tentang masalah disiplin di sekolah tersebut. (Salah)

        Mereka membincangkan masalah disiplin di sekolah tersebut. (Betul)

 9. Kata kerja transitif diterangkan dengan menggunakan frasa keterangan yang
     terbentuk daripada frasa sendi nama.

    a) Keluarga Amin pulang kampung sempena perayaan Hari Raya. (Salah)

        Keluarga Amin pulang ke kampung sempena perayaan Hari Raya. (Betul)

 10. Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja berimbuhan 'di'.

    a) Buku itu dibaca oleh kamu. (Salah)

        Buku itu kamu baca. (Betul)

 11. Frasa kerja pasif diri ketiga menerima kata kerja imbuhan pasif 'di'.

    a) Balai raya di Kampung Sungai Emas mereka dirikan sejak tahun lepas. (Salah)

        Balai raya di Kampung Sungai Emas  didirikan oleh mereka sejak tahun lepas.  (Betul)

Home      Naik atas