Home:  

Author

Web Master:

 

Guest:

Jenis Kata-kata  
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti jenis-jenis kata hubung
2. Mengisi tempat kosong dengn kata hubung yang sesuai.
3. Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata hubung dalam ayat.
4. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal
atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua
ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut
ayat majmuk gabungan.
Contoh:
1.	Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2.	Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat
kecil.
         Ayat utama	                    Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung
pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
1.	Kata hubung pancangan relatif
2.	Kata hubung pancangan komplemen
3.	Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan relatif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata
hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata 
hubung pancangan relatif ialah "yang".
Kata hubung pancangan komplemen.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi
komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen 
yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Kata hubung pancangan keterangan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi 
keterangan pada satu klausa utama. 
Contoh kata keterangan adalah seperti;
"kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila".
Kata Nama  
Kata Nama Terbitan  
Kata Ganti Nama Diri  
Kata Bantu  
 
Kata Bilangan  
Kata Hubung  
Kata Nafi  
Kata Perintah  
Kata Arah  
Kata Ganda  
Kata Kerja  
Kata Sendi Nama  
Kata Seru  
 
Kata Tanya  
Kata Banyak Makna  
Kata Hampir Sama Makna  
 
Latihan Tatabahasa Am 1  
Latihan Tatabahasa Am 2