Home:  

Author

Web Master:

 

Guest:

Jenis Kata-kata  
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Membezakan kata kerja transitif dengan kata kerja tak transitif.
2. Membina ayat dengan menggunakan kata kerja dengan betul.
Kata Kerja
Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah
Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada
dua kumpulan utama, iaitu:
i) 	Kata kerja transitif
ii)	Kata kerja tak transitif
Kata Kerja Transitif
Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ibu memasak kari ayam
2. Ahmad menendang bola

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap
1. Mereka bermain bola di padang
2. Azli tinggal di Pahang

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
1. Mereka makan di Restoran Sahur
2. Dia membeli-belah di Singapura

Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).
Contoh:
1.  Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2.  Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
i)      Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii)     Kata kerja tak transitif berpelengkap

Contoh:
1.  Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2.  Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1.  Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Contoh:
1.  Pegawai penerangan sudah tiba.

Kata Nama  
Kata Nama Terbitan  
Kata Ganti Nama Diri  
Kata Bantu  
Kata Adjektif  
Kata Bilangan  
Kata Hubung  
Kata Nafi  
Kata Perintah  
Kata Arah  
Kata Ganda  
Kata Kerja  
Kata Sendi Nama  
Kata Seru  
 
Kata Tanya  
Kata Banyak Makna  
Kata Hampir Sama Makna  
 
Latihan Tatabahasa Am 1  
Latihan Tatabahasa Am 2  
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Home