Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Membezakan kata nama am dan kata nama khas dalam petikan.
2. Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam
petikan.
3. Membina ayat dengan menggunakan kata nama am dan kata nama khas.
Penggolongan Kata Nama
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Nama
Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
| |
Manusia |
Binatang |
Tempat |
|
Kata Nama Am |
murid |
burung |
pasar |
| pekebun |
kucing |
padang |
| |
Kata nama khas hidup manusia |
Kata nama khas hidup bukan manusia |
Kata nama khas tak hidup |
|
Kata Nama Khas |
Ahmad |
Lassie |
Pahang |
| Edelina |
Si Belang |
Pulau Pinang |
| Chandran |
Sang Kancil |
Gunung Tahan |
Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan
kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk
dan kata ganti nama diri (Nik
Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama
tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada
ganti nama diri orang dan ganti nama
diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti
nama diri orang pertama, ganti nama
diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga.
(Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti
pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara
yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 :
64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk
menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri
pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
|
Kata Ganti Nama Diri Pertama |
Penggunaan |
Contoh Ayat |
| Aku |
Merujuk
kepada diri sendiri |
Aku hendak
pergi ke perpustakaan |
| Beta |
Digunakan
oleh kerabat diraja |
Beta
berharap negara bertambah maju dan makmur. |
|
Hamba |
Merujuk kepada diri sendiri |
"Hamba
mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah |
| Kita |
Merujuk diri
sendiri dan diri orang kedua |
"Kita akan
berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri. |
| Kami |
Merujuk diri
dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua |
"Kami
diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada
Zulkifli. |
| Saya |
Merujuk diri
sendiri |
Saya
dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif. |
|
Kata Ganti Nama Diri Kedua |
Penggunaan |
Contoh Ayat |
| Anda |
Merujuk diri
orang kedua |
Anda
dikehendaki beratur ketika menaiki LRT. |
| Awak |
Merujuk diri
orang kedua |
Awak
disuruh membersihkan bilik darjah. |
|
Engkau |
Merujuk diri orang kedua |
Engkau
hendak pergi ke kedai buku? |
| Kamu |
Merujuk diri
orang kedua |
Kamu mesti
belajar dengan lebih tekun. |
|
Kata Ganti Nama Diri Ketiga |
Penggunaan |
Contoh Ayat |
| Beliau |
Digunakan
untuk merujuk orang yang dihormati |
Beliau
dilantik menjadi pegawai penerangan. |
| Baginda |
Digunaan
untuk kerabat diraja |
Baginda
telah berangkat ke luar negeri. |
|
Dia |
Digunakan untuk diri orang ketiga |
Dia datang
awal ke pejabat sekolah |
| Mereka |
Bilangan
orang lebih daripada seorang |
Pentas dihiasi oleh
mereka dengan cantik. |