Home:  

Author

Web Master:

 

Guest:

Jenis Kata-kata  
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kata sendi
    nama dalam petikan
2. Mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai
3. Menggunakan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat.
4. Membina satu ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama
    dengan betul.
5. Menyatakan perbezaan penggunaan kata sendi nama.
Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya
di hadapan frasa nama. 
Contoh kata sendi nama ialah.
di bagai laksana antara ke demi
sejak untuk dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam kepada bagai
oleh sampai pada umpana hingga -

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan
yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.

Kata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat
Di Menunjukkan tempat
Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa
Ah Geok tinggal di Perak
Ke Menunjukkan tempat arah dan masa Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingg ke pukul 5.00 petang.
Dari Menunjukkan tempat dan masa David berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.
Hingga Maksud had masa Amin bekerja dari pagi hingga petang.
Dengan Maksud bersama-sama Ayah pergi ke pasar dengan adik
Daripada Tempat datangnya sesuatu
Asal kejadian sesuatu benda
Perbandingan
Chandran menerima surat itu daripada abangnya.
Baju batik ini diperbuat daripada benang sutera.
Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan itu.
Pada Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Keterangan waktu.
Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.
Kepada Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui. Surat jemputan itu ditujukan kepada pengerusi persatuan.
Bagi / Untuk Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.
Sejak / Sementara Menunjukkan waktu / masa Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja.
Terhadap Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu. Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.
Antara Digunakan di depan kata nama yang membawa maksud Antara makanan yang dihidangkan ialah sate.
Dalam Sendi nama "di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat. Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Daniel masuk ke dalam rumahnya.
Demi Menunjukkan maksud tujuan Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.
Tentang Maksud perkara atau hal yang dilakukan Encik Ahmad memberitahu pelajarnya tentang latihan bola sepak yang akan diadakan pada hari Selasa.
Oleh Maksud sebab Murid-murid yang ponteng sekolah itu berjaya ditangkap oleh guru disiplin.
Akan Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap" Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.
Pautan:
http://myschoolnet.ppk.kpm.m/kbsm_r/bm/katasendi/main.htm
Kata Nama  
Kata Nama Terbitan  
Kata Ganti Nama Diri  
Kata Bantu  
Kata Adjektif  
Kata Bilangan  
Kata Hubung  
Kata Nafi  
Kata Perintah  
Kata Arah  
Kata Ganda  
Kata Kerja  
Kata Sendi Nama  
Kata Seru  
 
Kata Tanya  
Kata Banyak Makna  
Kata Hampir Sama Makna  
 
Latihan Tatabahasa Am 1  
Latihan Tatabahasa Am 2  
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Home