banner.jpg

Latihan 1:
Balik ke Kata Sendi Nama:       ● Latihan        Balik ke Laman Utama:

Baca petikan di bawah, kemudian senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam petikan.

Ma' Daerah Destinasi Baru Sang Penyu

Suatu ketika dahulu, antara bulan April sehingga September setiap tahun, beratus-ratus penyu akan mendarat di pantai Rantau Abang, Terengganu untuk bertelur. Haiwan reptilia ini mula mencari lokasi lain yang lebih damai dan tersembunyi untuk bertelur.
Pantai Ma' Daerah terletak di Kemaman, bersebelahan Pantai Cagar Hutang. Satu-satunya laluan untuk ke sana hanya melalui jalan denai merentasi hutan dan dusun kecil kira-kira beberapa kilometer. Di pantai itu, didirikan Pusat Santuari Penyu sebagai tempat penyedaran maklumat dan menyemai kesedaran mengenai haiwan laut itu. Pusat ini dilancarkan pada Jun 1999.
Pusat ini dibangunkan dengan tajaan dan diuruskan oleh BP Petronas Acetyls Sdn. Bhd. dan BP Malaysia.
Di sini, anda berupaya menghayati alam semula jadi yang sebenar. Awal pagi dan lewat petang, anda berpeluang menyaksikan sang enggang terbang dari bukit ke bukit untuk mencari makanan. Awal pagi, anda mungkin akan dikejutkan dari tidur oleh jeritan Siamang nun jauh di puncak bukit.
(Dipetik daripada Dewan Siswa, DBP oleh Salina Ibrahim, Jun 2003, halaman 12 -13 )

Senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam petikan.(Mengikut tertib ayat)
1.   
2.   
3.   
4.   
5.   
6.   
7.   
8.   
9.   
10.