Latihan Pemulihan 5

Betulkan kesalahan ayat-ayat di bawah.

 

 (Klik untuk Jawapan)     (Klik ke laman Latihan Pemulihan)

 

 

1. Amboi, sakitnya kepalaku!

 

2. Berbagai kuih-muih dihidangkan untuk tetamu pada Hari Raya.

 

3. Para-para jemputan bertepuk tangan apabila menteri sedang berucap dalam majlis

    itu.

 

4. Murid-murid itu menerima hadiah wang tunai dari Kelab Lion.

 

5. Dia memberi surat itu pada guru tingkatannya.

 

6. Mak Limah tinggal di rumah orang tua-orang tua sejak dua tahun yang lalu.

 

7. Di antara negara yang menyertai pertandingan bola sepak ialah Kedah, Johor dan

    Selangor.

 

8. Objektif bengkel itu ialah untuk meningkatkan kemahiran penulisan murid-murid.

 

9. Banjaran Titiwangsa ialah banjaran gunung yang tertinggi sekali di asia Tenggara.

 

10. Puan Aida membeli kerusi meja dari Kedai Perabut Kim Seng.

 

 

 

Jawapan latihan 5     (Klik ke atas)

 

1. Aduh, sakitnya kepalaku!

 

2. Berbagai-bagai kuih-muih dihidangkan untuk tetamu pada Hari Raya.

 

3. Para jemputan bertepuk tangan apabila menteri sedang berucap dalam majlis  itu.

 

4. Murid-murid itu menerima hadiah wang tunai daripada  Kelab Lion.

 

5. Dia memberi surat itu kepada guru tingkatannya.

 

6. Mak Limah tinggal di rumah orang -orang tua sejak dua tahun yang lalu.

 

7. Antara negara yang menyertai pertandingan bola sepak ialah Kedah, Johor dan

    Selangor.

 

8. Objektif bengkel itu adalah untuk meningkatkan kemahiran penulisan murid-murid.

 

9. Banjaran Titiwangsa ialah banjaran gunung yang tertinggi  di Asia Tenggara.

 

10. Puan Aida membeli kerusi meja dari Kedai Perabot Kim Seng.