Latihan Pemulihan 6

Isi tempat-tempat kosong dengan kata yang paling sesuai daripada kata-kata di dalam kurungan.

 

 (Klik untuk Jawapan)     (Klik ke laman Latihan Pemulihan)

 

 

1. Mereka akan _______ ke Rusia. (melancong, melancung)

 

2. Kewujudan video menyebabkan kurangnya penonton di ________wayang.(

    tanggung, panggung)

 

3. Di Melaka terdapat industri membela burung layang-layang untuk mendapatkan

     ____________ burung. (sarang, serang)

 

4. Beliau berasal dari _______ kerabat diraja. (gulungan, golongan)

 

5. Doktor itu sedang ___________ pesakit di hospital. (melawat, merawat)

 

6. Ibu __________ masakan gulai ayam sebelum dihidangkan kepada para tetamu.

    (berasa, merasa)

 

7. Saya akan _______ ke Pulau Pinang pada akhir tahun ini. (pinda, pindah)

 

8. Ayah membawa kami _______ di taman dan membeli-belah di Giant. (sia-sia, siar-

    siar)

 

9. Buah limau ini diimport dari negeri __________(China, Cina)

 

10. Ikut ___________padi, semakin berisi, semakin tunduk. (rasmi, resmi)

 

 

 

Jawapan latihan 6     (Klik ke atas)

 

1. melancong                           6. merasa

2. panggung                            7. pindah

3. sarang                                  8. siar-siar

4. golongan                             9. China

5. merawat                              10.resmi