free web hosting | website hosting company | dot com domain names | reseller hosting | free blog hosting | joomla 1.5 templates | webspace hosting
 
Home:   Site Map: Author Web Master: Guest:
 

Perbendaharaan Kata

Kesalahan Penggunaan Perbendaharaan Kata

1. Apakah kamu mengetahui lokasi Jabatan Pendaftaran? (Salah)

    Adakah kamu mengetahui lokasi Jabatan Pendaftaran? (Betul)

2. Apakah Siti masih menjual kuih-muih di pasar malam? (Salah)

    Adakah Siti masih menjual kuih-muih di pasar malam? (Betul)

Kesalahan menggunakan apakah (digunakan untuk mendapatkan nama 
binatang, benda) manakah adakah (mendapat jawapan ya atau tidak).

3. a) Apakah nama ibu kamu? (Salah)

        Siapakah nama ibu kamu? (Betul)

    b) Siapa nama kucing kamu? (Salah)

        Apakah nama kucing kamu? (Betul)

Siapa digunakan untuk menanya orang, apa untuk menanya benda,
binatang, keadaan.

4. a) Bila loceng berbunyi, murid-murid keluar dari bilik darjah untuk makan di kantin
        sekolah. (Salah)

        Apabila loceng berbunyi, murid-murid keluar dari bilik darjah untuk makan di
        kantin sekolah. (Betul)

    b) Budak itu terus beredar dari tempat itu bila bertembung dengan guru disiplin.
        (Salah)

        Budak itu terus beredar dari tempat itu apabila bertembung dengan guru disiplin 
        (Betul)

Kesalahan penggunaan bila sebagi kata hubung.

5. a) Ramai ibu bapa datang ke sekolah pada hari sukan tahunan untuk menyaksikan
         penyertaan anak-anak mereka dalam acara sukan. (Salah)

         Banyak ibu bapa datang ke sekolah pada hari sukan tahunan untuk menyaksikan
         penyertaan anak-anak mereka dalam acara sukan. (Betul)

     b) Tidak ramai ibu bapa yang datang untuk menghadiri mesyuarat PIBG pada tahun
          ini. (Salah)

         Tidak banyak ibu bapa yang datang untuk menghadiri mesyuarat PIBG pada
         tahun ini. (Betul)

    c) Banyak tetamu jemputan khas datang untuk memeriahkan majlis ulang tahun
        syarikat itu. (Salah)

        Ramai tetamu jemputan khas datang untuk memeriahkan majlis ulang tahun
        syarikat itu. (Betul)

        Banyak menunjukkan bilangan. Ramai dikaitkan dengan suasana dan keadaan
        riuh-rendah, riang, gembira, meriah dan  sibuk. Kesalahan penggunaan banyak 
        diganti dengan ramai.

6. Belok - mengubah haluan

    Blok   - deretan rumah, persatuan

     a) Pemaju perumahan Sri Mutiara merancng untuk membina beberapa belok rumah
        
teres setingkat di kawasan itu. (Salah)

         Pemaju perumahan Sri Mutiara merancng untuk membina beberapa blok rumah 
         teres setingkat di kawasan itu. (Betul)

7. Belot - berpihak kepada musuh

    Belut - sejenis ikan yang panjang dan licin kulitnya.

    a) Bentuk ikan belot hampir menyerupai ular. (Salah)

        Bentuk ikan belut hampir menyerupai ular. (Betul)

8. Bina - membangunkan, mendirikan

    Bena - tidak peduli

    a) Surau ini dibena oleh penduduk kampung itu. (Salah)

        Surau ini dibina oleh penduduk kampung itu (Betul)

9. Tidak  - tidak boleh guna untuk frasa nama

    a) Dia bukan membaca surat khabar. (Salah)

        Dia tidak membaca surat khabar. (Betul)

    Bukan - tidak boleh guna untuk frasa adjektif / frasa kerja

    b) Mira tidak rakan sedarjah saya. (Salah)

        Mira bukan rakan sedarjah saya. (Betul)

10.Cucuk - benda tajam seperti lidi untuk mencucuk benda.

    a) Pak Amin bercocok tanam dan menternak ayam. (Salah)

        Pak Amin bercucuk tanam dan menternak ayam (Betul)

    b) Dia membeli beberapa cocok sate di gerai itu. (Salah)

         Dia membeli beberapa cucuk sate di gerai itu (Betul)

    Cocok - sepadan, sesuai, serasi

    c) Kelayakan Amidah tidak cucuk dengan kerjanya di syarikat itu. (Salah)

        Kelayakan Amidah tidak cocok dengan kerjanya di syarikat itu. (Betul)

11.Gulung - benda yang bergulung

    a) Emak membeli segolong dawai dari kedai Pak Abu. (Salah)

        Emak membeli segulung dawai dari kedai Pak Abu. (Betul)

    Golong - kumpulan tertentu

    b) Mereka adalah gulung profesional dalam bidang pendidikan. (Salah)

        Mereka adalah golong profesional dalam bidang pendidikan. (Betul)

12.Undang - mempersilakan orang ke majlis

    a) Saniah menjemput kawan-kawannya ke majlis perkahwinannya. (Salah)

        Saniah mengundang kawan-kawannya ke majlis perkahwinannya. (Betul)

     Jemput - pergi mengambil

    b) Dia mengundang rakan kongsinya di lapangan terbang KLIA. (Salah)

        Dia menjemput rakan kongsinya di lapangan terbang KLIA. (Betul)

13.Menonton - melihat

    a) Mereka menuntun televisyen diruang tamu. (Salah)

        Mereka menonton televisyen diruang tamu (Betul)

     Menuntun - memimpin

    b) Dia menonton orang buta itu menyeberangi jalan yang sibuk itu. (Salah)

        Dia menuntun orang buta itu menyeberangi jalan yang sibuk itu (Betul)

14.Pedalaman - kawasan yang terpencil

    a) Kaum Murut tinggal di pendalaman Sabah. (Salah)

        Kaum Murut tinggal di pedalaman Sabah (Betul)

     Pendalaman - usaha mendalamkan

    b) Pekerja-pekerja sedang melakukan pedalaman dasar Sungai Ujong. (Salah)

        Pekerja-pekerja sedang melakukan pendalaman dasar Sungai Ujong. (Betul)

15.Pendapatan -gaji, upah, hasil mata pencarian.

    a) Hasil pendapat Ali digunakan untuk menyiara hidup keluarganya. (Salah)

        Hasil pendapatan Ali digunakan untuk menyiara hidup keluarganya. (Betul)

    b) Pada pendapatan saya, kelas tambahan perlu diadakah untuk meningkatkan
       
pencapaian murid-murid dalam peperiksaan PMR. (Salah)

       Pada pendapat saya, kelas tambahan perlu diadakah untuk meningkatkan
      
pencapaian murid-murid dalam peperiksaan PMR. (Betul)

16.Rasmi - sahkan oleh pihak yang bertanggungjawab

    a) Surat resmi ini datang dari sekolah. (Salah)

        Surat rasmi ini datang dari sekolah. (Betul)

     Resmi - sifat seseorang

    b) Ikutlah rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk. (Salah)

        Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. (Betul)

17.Seloroh - kelakar

    a) Pelawak dalam sarkas itu pandai berseluruh. (Salah)

        Pelawak dalam sarkas itu pandai berseloroh. (Betul)

     Seluruh - semua

    b) Seloroh penduduk kampung berganding bahu membaiki jambatan yang rosak
        akibat banjir. (Salah)

        Seluruh penduduk kampung berganding bahu membaiki jambatan yang rosak
        akibat banjir. (Betul)

18.Telor - pelat

     Telur - benda bulat bujur, berkulit keras dan berisi.

    a) Ibu membuat kaya dengan menggunakan lapan biji telor. (Salah)

        Ibu membuat kaya dengan menggunakan lapan biji telur. (Betul)

19.Tembok - dinding

    a) Tembuk itu tumbang akibat ribut taufan. (Salah)

        Tembok itu tumbang akibat ribut taufan (Betul)

     Tempuh - mengharungi, mengalami

    b) Pelbagai dugaan yang terpaksa kami tempohi ketika belajar di luar negeri. (Salah)

        Pelbagai dugaan yang terpaksa kami tempuhi ketika belajar di luar negeri. (Betul)

20.Tepuk - menepuk tapak tangan

    a) Mereka bersorak-sorai dan menepok tangan apabila pasukan mereka berjaya
        menewaskan pasukan lawan. (Salah)

        Mereka bersorak-sorai dan menepuk tangan apabila pasukan mereka berjaya
        menewaskan pasukan lawan. (Betul)

    Tepok - lumpuh

    b) Anak Hawa yang tepuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR. (Salah)

        Anak Hawa yang tepok lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR. (Betul)

Home