Teknik Menjawab Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu (Kertas 1)

 

Format Baru

 

1. Kertas 1 mempunyai 40 soalan objektif.

 

2. Satu jam diperuntukkan bagi Kertas 1.

 

Kertas 1   (Klik ke laman Teknik Menjawab)

 

1. Kertas 1 terdiri daripada dua bahagian iaitu soalan tatabahasa dan pemahaman

    petikan.

 

2. Soalan pengetahuan tatabahasa mengandungi 27 soalan iaitu soalan 1 hingga soalan

    27.

 

3. Soalan 28 hingga soalan 30 terdiri daripada soalan peribahasa iaitu 3 soalan

    peribahasa.

 

4. Soalan pemahaman petikan terdiri daripada dua petikan yang mempunyai 10 soalan

    iaitu soalan 31 hingga soalan 40. Pemahaman petikan terdiri daripada petikan

    KOMSAS.

 

5. Soalan pengetahuan tatabahasa terdiri daripada 7 soalan iaitu soalan 1 hingga

    soalan 7.

    a) Soalan penggunaan imbuhan, kata sendi nama, kata ganda, kata majmuk

        dan  berbagai-bagai jenis kata.

 

    Contoh,

    Perabot yang dibeli oleh Midah diperbuat ___________ rotan.

 

    A. dari         B.daripada      C. pada            D. dengan

 

     Jawapan : B

 

6. Soalan 8 hingga soalan 14 (7 soalan) terdiri daripada soalan mengenal pasti

    kesalahan penggunaan perkataan berimbuhan dan berbagai-bagai jenis kata.

  

    Contoh,

    Tiap murid perlu belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan

       A                                     B                                                          C

     yang cemerlang. Tiada kesalahan.

                                            D

 

     Jawapan : A

 

7. Soalan 15 hingga 17 (3 soalan) merupakan soalan ketepatan penggunaan kata

    banyak makna dalam ayat.

 

I.                   Kassim sedang menonton televisyenketika kami tiba di rumahnya.

II.                Masita masih sedang belajar di sekolah rendah.

III.             Adik Siti sedang membuat kerja rumah di dalam bilik.

IV.             Seluar panjang yang dijahit oleh emak sedang untuk adik saya.

 

    A. I dan II               B. I dan IV                 C. I, III dan IV                       D. I, II, III dan IV

 

    Jawapan : C

 

8. Soalan 18 hingga soalan 21 (4 soalan) merupakan soalan kesalahan struktur  

    ayat.

 

   Mereka hendak melancong ke Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi.

 

A.    ke Pulau Pangkor atau ke Pulau Langkawi

B.     di Pulau Pangkor atau ke Pulau Langkawi

C.     di Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi

D.    ke Pulau Pangkor atau Pulau langkawi

 

   Jawapan : A

 

9. Soalan 22 hingga soalan 24 (3 soalan) tentang memahami maksud ayat.

 

    Sektor industri batik semakin berkembang maju kerana terdapat permintaan

    dan  pasaran daripada rakyat tempatan dan pelancong-pelancong luar negeri.

 

A.    Industri batik membangun pesat disebabkan pasaran tempatan.

B.     Permintaan luar negeri mendorong industri batik bertambah maju.

C.     Pasaran tempatan dan permintaan pelancong-pelancong luar negeri menyebabkan sektor industri batik berkembang maju.

D.    Pasaran dalam negeri merupakan punca utama perkembangan sektor industri batik.

 

    Jawapan : C

 

10. Soalan 25 hingga soalan 27 (3 soalan) merupakan soalan pengetahuan tentang  

      memilih ayat yang betul.

 

I.                   Tiap-tiap murid dikehendaki memakai uniform ke sekolah.

II.                Bilakah sambutan hari Terbuka diadakan di sekolah anda?

III.             Oh, sakitnya gigi aku!

IV.             Baju ini tidak saya punya.

 

      A. I dan II             B. II dan III                C. II, III dan IV         D. I, II, III dan IV

 

      Jawapan: A

 

11. Soalan 28 hingga soalan 30 (3 soalan) merupakan soalan pengetahuan

      peribahasa.

 

      Peribahasa “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga” mempunyai

      maksud yang sama dengan peribahasa berikut: 

 

  1. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
  2. Mencurah air ke daun keladi.
  3. Air tenang jangan disangka tiada buaya.
  4. Air ditetak tidak akan putus.

 

      Jawapan: D

 

12. Soalan 31 hingga 40 (10 soalan )merupakan soalan pemahaman petikan.